Search This Blog

Monday, March 14, 2011

salam

dah agak lama aku x menjengah blog aku ni.. biasa la bila tiba tim3 bz + segan + malas so terciptalah 1001 alasan.. kih3.. ape yang aku nak luahkan ari ni ye.. tah la.. kadang2 terpikir jugak aku.. ape lah yang ALLAH nak tunjukkan pada kita.. berikutan pelbagai tragedi menimpa di setiap pelosok dunia..


skarang ni pulak kita dikejutkan dengan tragedi tsunami yang melanda jepun.. dan beberapa negara len... setelah lebih kurang 8 tahun tregedi tu melanda kita.. tp x mustahil ianya akan kembali lagi.. tp harap2 ianya x berlaku lagi kat negara kita... kadang2 terpk ianya mesti ada kaitan ngan tindak tanduk manusia kat alam sejagat ni.. yang x au nak bersyukur drngan apa yang ALLAH dah sediakan untuk kita.. aku bukan nak berceramah ari ni.. tp sekada ingat memperingati... ok la.. nanti sambung lagi... bubbye...


Read more...

Sunday, March 6, 2011

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

Oleh ImamKhalid | 28 bacaan khusyuk
Bismillahirahmanirahim
Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalanhendak ke kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengahhari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.



Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itutelah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak- budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di] rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama- sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
Wallahu a lam
MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN
SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Wallahu a lam


Read more...

Tuesday, March 1, 2011

PESANAN DARI IMAN AL GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).




Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denganajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling BERAT didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, danmalaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebutmenyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke nerakakerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hatidan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kitadatang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.

Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan jantung kita.



Read more...