Search This Blog

Sunday, November 21, 2010

sekadar hiburan

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa ,
dia bertanya: " Doktor , lepas pakai cermin mata nanti , boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu , " jawab doktor. "Oh ,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf , akhirnya boleh juga saya
membaca , " kata lelaki itu dengan riang.


kisah 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya ,
"Doktor , saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin , tapi
ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah
berbau , dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan
lebih lanjut dari perempuan tua itu... , dan perempuan tua itu
berkata , "Sebenarnya , saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika
berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya
tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2
..Doktor itu menjawab , "Ok , sekarang ambil
pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu
selepas itu , perempuan tua itu kembali."Tuan doktor , "
panggilnya sambil marah-marah , "Saya tak tau pil apa
yang yang doktor beri pada saya , tapi sekarang kentut
saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat
busuk." Doktor itu membalas , "Bagus!!! kita sudah
mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang ,
mari saya periksa telinga makcik."
moral of the story
berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..
walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna
orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..


kisah 3
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik , Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan , mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin , Shan menangis.)
Amin : Eh , kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


kisah 4
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar
surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke
dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat
kawan atok , cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi , "Apa bangang
sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


kisah 5
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu , dia bertanya kepada penjaga
bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding , apabila
tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya
menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya...

No comments:

Post a Comment